-->

Friday 4 August 2017

Menteri Luar Turki Berjanji Akan Menghancurkan Pakatan Anti-China


Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu berjabat tangan dengan Menteri Luar China Wang Yi di Beijing, (Foto: ROMAN PILIPEY / POOL / POOL / AFP )

Menteri luar negeri Turki Mevlut Cavusoglu, Khamis (3/8/2017), berjanji akan memberantas seluruh elemen anti-China yang ada dalam negaranya.

Kenyataan Menteri Luar Cavusoglu itu menunjukkan pergeseran kedudukan Ankara terhadap dasar Beijing terhadap kumpulan minoriti Islam di China.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua negara tegang kerana layanan Beijing terhadap etnik minoriti Uighur di wilayah Xinjiang.

Selain memeluk agama Islam, etnik Uighur mempunyai persamaan budaya dan menggunakan bahasa Turki.

"Kami memperlakukan keselamatan China seperti keselamatan negara kami sendiri," kata Cavusoglu kepada wartawan di Beijing.

"Kami tidak akan pernah membenarkan sebarang aktiviti membangkang atau yang ditujukan menentang China di dalam negera Turki," ujar Cavusoglu.

"Kami juga akan mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan pelbagai laporan media yang menentang China," tambah dia.

Pernyataan ini disampaikan Cavusoglu menyusul pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi. Dalam pertemuan itu kedua-dua pihak bertekad untuk bekerjasama membasmi keganasan.

Beijing menyalahkan pergolakan di Xinjiang kepada pemisah Islam yang mencari kemerdekaan untuk rantau ini, sementara Turki pada masa lalu berulang kali menyatakan kebimbangan mengenai layanan Beijing terhadap minoriti - dengan Erdogan juga menuduh Beijing melakukan "pembasmian kaum" di rantau ini.

Tetapi hubungan tegang menjadi semakin reda apabila Turki mengubah fokus dari Barat ke Asia, melihat di China banyak peluang ekonomi.

"Kami memuji tinggi China untuk kerja yang telah dilakukan China untuk menangani isu-isu yang dihadapi negara-negara Islam," kata Cavusoglu pada Khamis.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->