Peraturan baru itu datang selepas kejadian pelik yang melibatkan salah seorang penyerang pasukan Rayon Spory selepas beliau dilihat melakukan sesuatu di garisan gawang lawan dalam perlawanan menentang Mukura Victory.
Beliau berlari ke arah rawang gol pihak lawan ketika penjaga gol sedang sibuk menangkap bola. Penyerang itu seperti melakukan ritual ilmu hitam pada palang gol sebelum dikejar oleh penjaga gol dan beberapa pemain Mukura.
Sama ada suratan atau kebetulan, beberapa minit kemudian beliau menjaringkan gol dari jarak jauh dan permainan berakhir dengan 1-1.
Mana-mana pemain yang terlibat dengan ilmu hitam dilaporkan akan didenda sebanyak 100,000 Franc Rwanda (kira-kira RM545).
Mana-mana pemain yang terlibat dengan ilmu hitam dilaporkan akan didenda sebanyak 100,000 Franc Rwanda (kira-kira RM545).
Manakala, kelab yang terlibat pula boleh dikenakan denda sehingga 2.9 juta Franc Rwanda (kira-kira RM15,823).
Menurut sumber, negara Afrika sememangnya sangat terkenal dengan penggunaan ilmu hitam dan dukun.