-->

Wednesday, 28 December 2016

Israel Putus Kerjasama Dengan 12 Negara Ini Kerana Undi Singkir Israel Dari PBB



Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan Kementerian Luar negaranya untuk menghadkan sementara semua hubungan kerjasama dengan kedutaan 12 anggota Majlis Keselamatan PBB yang mengundi untuk menyingkirkan negara tersebut dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

12 negara tersebut adalah Britain, Perancis, Rusia, China, Jepun, Ukraine, Angola, Mesir, Uruguay, Sepanyol, Senegal dan New Zealand.

Netanyahu tidak akan bertemu dengan menteri luar negara negara tersebut dan duta mereka tidak akan diterima di Kementerian Luar Israel.

Rakyat Israel juga dihadkan dari memasuk negara-negara itu, namun, duta Israel di negara berkenaan masih boleh terus bekerja dengan kerajaan negara tuan rumah mereka.

Israel berang dengan resolusi Majlis Keselamatan 2334 yang mengatakan penempatan di Tebing Barat dianggap tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar undang-undang antarabangsa selain Amerika Syarikat, ahli Majlis Keselamatan, berkecuali terhadap resolusi.

Langkah diplomatik untuk menggantung hubungan kedutaan adalah satu kenyataan yang bertujuan untuk meluahkan kemarahan Netanyahu pada negara yang mengundi untuk menyokong resolusi. Ia mungkin 
tidak mempunyai kesan terhadap Israel atau negara-negara lain, kerana ia tidak memberi kesan kepada perdagangan, penyelarasan keselamatan, atau aspek hubungan lain.

Yang jelas, ia tidak menjejaskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat yang telah menjadi fokus banyak kemarahan Netanyahu. Sebelum ini, Netanyahu memanggil duta AS dan melancarkan serangan pedas terhadap pentadbiran Obama.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->