Penampakan kuntilanak di majlis perkahwinan (Foto: Facebook / INFO WONG SOLO)
Majlis perkahwinan pasti ingin dijalankan dengan begitu meriah. Semua orang yang hadir mesti turut gembira, apatah lagi ada dua calon pengantinnya. Tetapi, bagaimana keadaan jika di dalam sebuah majlis perkahwinan tiba-tiba ternampak sesuatu mengerikan?
Perkara itulah yang terjadi di majlis perkahwinan yang diadakan di Kampung Brujul, Jawa Tengah, Indonesia, di mana muncul sosok menyeramkan seperti kuntilanak. Saat ketika majlis perkahwinan yang berlangsung cukup meriah, tiba-tiba berubah menjadi kecoh kerana datangnya mahkluk halus yang kelihatan seperti kuntilanak tersebut.
Bermula dari seorang tetamu jemputan yang diketahui bernama Vinndo Jamaeca yang mendakwa secara tidak sengaja melihat penampakan menyeramkan dan kemudian mengambil gambar penampakan tersebut sebelum dia meninggalkan tempat majlis tersebut kerana mungkin merasa ketakutan.
(Foto: Facebook INFO WONG SOLO)
Vinndo pun kemudian memuat naik gambar yang didakwanya sebagai kuntilanak itu ke sebuah group Facebook bernama "INFO WONG SOLO", sambil menyertakan caption meminta sebuah pengesahan tentang kebenaran yang ada di gambar tersebut.
Foto tersebut mendapat ribuan komen, namun banyak netizen yang tidak percaya dengan gambar tersebut kerana beranggapan mungkin hanya kebetulan. Tetapi ada juga yang mempercayai foto tersebut dengan mendakwa ianya asli.