-->

Saturday, 21 January 2017

Bukan Pembedahan, Ini Cara Ekstrim Orang Korea Memastikan Kulit Wajah Cantik


Gambar hiasan

Bukan rahsia lagi bahawa pembedahan plastik menjadi perkara yang sangat biasa di Korea. Pembedahan selalunya dilakukan oleh gadis yang baru saja mencapai umur 17 tahun. Pembedahan plastik ini selalunya dibuat untuk membentuk kelopak mata, hidung, atau memperbaiki bentuk rahang.

Tapi bukan hanya merubah rupa melalui pembedahan plastik, para gadis Korea juga dikenali kerana rawatan menggunakan pelbagai cara untuk wajah mereka yang boleh dikatakan agak menyusahkan. Bermula dari amalan seperti senaman wajah sehinggalah menggunakan banyak produk penjagaan wajah dengan harga yang boleh dikatakan tinggi.

Ternyata selain rawatan-rawatan tersebut, ada cara lain yang boleh dikatakan agak ekstrim sebagai salah satu cara merawat kecantikan wajah wanita Korea. Trik ini adalah dengan cara menampar wajah sebanyak 50 kali. Wah, adakah tidak sakit?

Ramai wanita Korea yang sanggup menampar wajah mereka sehingga 50 kali di mana yang dipercayai bagi melancarkan aliran darah. Aliran darah yang lancar akan membuatkan wajah cantik secara semula jadi.

Cara ini mungkin sedikit menyakitkan, namun menurut kata salah seorang wanita Korea, semakin kuat tamparannya akan menghasilkan pancaran yang lebih 
cantik pada wajah. Bagaimana, tertarik untuk mencuba?

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->