Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, sepasukan pendaki ternampak mangsa sekitar jam 11:45 ketika mendaki di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, Azarul kelihatan stabil tetapi lemah ketika ditemui telah pun dikejarkan ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan.
Salah seorang daripada pendaki yang menemui mangsa, Muhammad Ridhaullah berkata beliau dan rakan-rakannya mendaki di kawasan itu pagi itu apabila mereka mendengar meminta pertolongan yang datang dari semak.
Mereka cuba untuk mengenalpasti lokasi dengan memberitahu mangsa supaya menggoyangkan pokok yang berhampiran.
Sedang mereka berjalan menuruni bukit, Muhammad berkata mereka melihat pasukan mencari dan menyelamat dan menyerahkan Azarul kepada mereka.
"Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa tempat sama," cerita Azarul.
Pada hari Ahad lalu, Azarul dilaporkan hilang ketika mendaki dengan 11 orang yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak.
Pasukan mendaki hanya menyedari bahawa Azarul telah hilang apabila mereka tiba kembali pada titik permulaan mereka pada pukul 4 petang.