-->

Sunday, 22 January 2017

Mangsa Pukul Akhirnya Tampil Menceritakan Kejadian Sebenar



Kuala Lumpur - Lelaki yang menjadi mangsa pukul beberapa lelaki hari ini tampil menceritakan lebih lanjut tentang kejadian yang menimpanya beberapa hari lalu.

"Dia tanya, 'ni lori siapa?' Lepas tu saya cakap, 'ni lori saya'. Lepas tu dia angkat tangan dia terus pukul", cerita mangsa yang merupakan pemandu lori ketika ditemuramah oleh Harian Metro.

Apabila disoal adakah dia sedar sewaktu dipukul beramai-ramai, mangsa menjawab dia kurang jelas dengan peristiwa itu.

"Saya rasa dalam sorang pukul saya, dua orang tendang saya. Tu je saya ingat", jawabnya.

Menurut mangsa lagi setakat ini dia tidak ada menerima sebarang ancaman.

"Tiada. Bos beritahu saya yang diorang ni kumpulan gangster besar..", jawab lelaki berkenaan lagi sebelum diikuti dengan sorakan 'gangster besar' oleh orang sekeliling.

Jom ikuti rakaman temuramah di bawah oleh Harian Metro.


Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->