-->

Wednesday, 8 February 2017

Lelaki Diserang Harimau Hingga Mati Di Depan Isteri Dan Anaknya



Seorang lelaki diserang hingga mati oleh harimau disaksikan sendiri isteri dan anaknya. Kejadian tragis ini dilaporkan berlaku di salah satu zoo di Bandar Ningbo, China.

Mangsa nekad masuk ke kandang harimau dipercayai untuk mengelakkan tiket masuk bernilai 
lebih kurang RM83. Selepas itu, seekor harimau terus berlari ke arahnya dan terus menerkamnya.

Pasukan unit khas polis diperlukan bagi membantu mengeluarkan mangsa yang dikenal pasti bernama Zhang itu dari serangan harimau buas tersebut, demikian menurut laporan BBC.

Polis berusaha menembak seekor harimau yang menerkam Zhang. Sekurang-kurangnya memerlukan waktu satu jam lebih bagi polis untuk menyelamatkan lelaki itu. Mangsa segera dikejarkan ke hospital, namun sayang nyawanya sudah tidak dapat diselamatkan lagi akibat luka yang agak parah dialaminya.

Selepas kejadian tersebut, zoo berkenaan ditutup sementara waktu bagi orang awam. Zhang dilaporkan melawat zoo bersama isteri dan anaknya serta rakan sejawatnya bernama Li

Namun Zhang dan Li berpakat untuk memanjat dinding kandang harimau setinggi 10 kaki itu dipercayai untuk mengelakkan bayaran tiket masuk. Walau sudah jelas ada amaran, mereka berdua tetap nekad masuk ke kandang harimau.

Ketika Zhang jatuh dari dinding, seekor harimau terus mendekatinya dan menyerangnya secara ganas. Sementara Li tidak mengikut jejak rakannya.

Video saat-saat harimau menyerang Zhang sudah tersebar luas di internet. Dalam video tersebut terdengar teriakan orang ramai ketika harimau menyerang Zhang sehingga meninggal dunia.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->