-->

Tuesday, 21 February 2017

Rakan Baik Jong-nam Cerita Detik Kehidupan Beliau Yang Menyedihkan



Kim Jong Nam menghabiskan tahun terakhir hidup dengan dipenuhi ketakutan akan kematian. Dia bimbang akan dibunuh oleh adiknya sendiri, Kim Jong Un, pemimpin Korea Utara. Akhirnya, minggu lalu Kim Jong Nam dibunuh dipercayai akibat diracun.

Dalam wawancara The Guardian bersama rakan lama Kim Jong-nam di Geneva, Switzerland, Anthony Sahakian, berkata anak lelaki Kim Jong Il itu hidup dalam ketakutan dan paranoia.

"Beliau bimbang, tentu saja beliau bimbang," kata Sahakian kepada The Guardian, Selasa (21/2).

Sahakian telah berkawan dengan Kim Jong Nam ketika berumur 13 tahun lagi. Kim Jong Nam sejak kecil mendapat pendidikan di Barat, salah satunya di Switzerland. Jadi tidak pelik bagaimana Kim Jong Nam mampu berbahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan Jerman.

Hubungan rapat mereka berkekalan hingga ke saat ini. Setiap kali ke Switzerland, kedua-duanya berjumpa hampir setiap hari untuk sekadar minum kopi atau bersiar-siar. Sahakian kali terakhir berjumpa Kim Jong Nam beberapa bulan lepas.

Ketika perbincangan dengan Sahakian, Kim Jong Nam memberitahu bahawa adiknya, Kim Jong Un, melihat beliau sebagai ancaman bagi pemerintahan kuku besi adiknya itu.

"Satu perkara yang saya boleh katakan, beliau tidak tertarik memimpin negara itu" kata Sahakian.

"Beliau ingin keluar. Beliau tidak pernah bercita-cita memimpin negara. Beliau tidak menerima dan menghargai apa yang berlaku di negara itu," ujar Sahakian.

Sahakian menceritakan kehidupan sewaktu kecil Kim Jong Nam. Katanya, kehidupan Jong-nam sangat mewah, dengan "mainan" yang sangat mahal, salah satunya Mercedes-Benz 600.

"Dia memandu sendiri, itu mengejutkan kerana kami baru berusia 15 tahun ketika itu," kata Sahakian.

"Dia adalah anak yang ceria, mesra, baik, sangat dermawan. Sudah tentu dia dimanjakan," tambah dia lagi.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->