-->

Friday, 17 February 2017

Tarikh Bayaran BR1M 2017 Secara Baucer Dan Tunai



KUALA LUMPUR: Bayaran untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini dalam bentuk baucar akan dibuat mulai esok (18 Februari).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Kementerian Kewangan berkata pembayaran secara langsung akan dibuat ke dalam akaun bank penerima BR1M yang layak pada 22 Feb ini.

Buat penerima BR1M yang tidak menyediakan maklumat tentang akaun bank mereka, baucar akan diberi melalui pos ke alamat rumah mereka dan boleh ditebus di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau ingin menyemak status BR1M mereka boleh menghubungi bantuan hotline di 1-800-88-2716.

Melalui blog najibrazak.com, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata setakat ini kerajaan telah meluluskan 5,153,238 permohonan BR1M.

Beliau berkata, sebanyak 3,123,950 lebih permohonan sedang diproses dan keputusan akan diumumkan bulan depan.

Najib juga berkata seramai 2,782,799 orang akan mendapat RM1,200 bantuan BR1M, 243,434 akan mendapat RM900 manakala 2,127,005 akan menerima RM450.

Untuk tahun ini, BR1M akan dibayar tiga kali, pada bulan Februari, Jun dan Ogos.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->