Sudah tidak terkira lagi berapa banyak kejahatan yang dibuat oleh Jepun ketika Perang Dunia II, seperti pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan, eksperimen dengan menggunakan manusia sebagai bahan percubaan, dan masih banyak lagi.
Dari banyak-banyak jenayah perang yang dilakukan Jepun, empat kejahatan ini yang dilakukan mereka jauh lebih kejam lagi dan ngeri sekali. Berikut ulasannya disiarkan Laicikang.com seperti dikutip dari The Richest.
1. Kanibalisme
Hal itu dibuktikan dengan sebuah laporan yang diterbitkan oleh Universiti Melbourne. Begini kenyataannya:
"Salah satu kenyataan seorang leftenan Australia menjelaskan bagaimana beliau mencari sisa-sisa dari potongan tubuh, termasuk kepala yang sudah dikupas dan bahagian tulang belakang. Dalam beberapa kes, keadaan mayat sudah tidak ada rupa lagi sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa mayat tersebut sudah dipotong-potong dan bahagian dagingnya sudah dimasak. "
2. Eksperimen Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Wanita Hamil
Di tempat yang disebut unit 731, tahanan perempuan yang sebahagian besar berasal dari China, dirogol dan dibuat hamil untuk jadi bahan percubaan. Kemudian ibu hamil akan dijangkiti dengan penyakit sifilis untuk bagi mengetahui apakah anak dalam kandungannya turut dijangkiti atau tidak.
Kaum ibu pula dibedah hidup-hidup dengan bayi masih di dalam untuk mempelajari kesan dari penyakit rahim. Tidak ada anestesi atau ubat bius yang digunakan. Mereka diperlakukan oleh Jepun dengan sangat tidak berperikemanusiaan.
3. Amputasi
Pertama, tentera Jepun akan memotong bahagian tangannya, mungkin seterusnya bahagian kaki lalu telinga. Untuk menghentikan pendarahan, tentera Jepun biasanya akan membakar tangan mangsa. Selepas selesai, mereka tetap dibiarkan hidup dan dipenjarakan untuk diseksa lebih lagi
4. Ditanam Hidup-Hidup