-->

Thursday, 23 March 2017

6 Foto Ilustrasi Menggambarkan Betapa Ngerinya Segitiga Bermuda



Selama lebih beratus tahun, Segitiga Bermuda dipercayai penyebab terhadap kehilangan ratusan pesawat dan kapal. Tiada sesiapa yang tahu apa punca kenapa terlalu banyak kejadian kapal dan pesawat hilang secara misteri tanpa meninggalkan jejak di Segitiga Bermuda ini.

Banyak teori konspirasi muncul yang menjelaskan punca-punca banyak berlaku kemalangan di tempat yang juga terkenal dengan sebutan Segitiga Syaitan itu. Ada yang mendakwa bahawa di perairan Segitiga Bermuda hidup makhluk gergasi seperti kraken, ada juga yang mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Segitiga Bermuda merupakan kerja makhluk asing. Menurut saintis, keadaan cuaca di wilayah Segitiga Bermuda sangatlah buruk.

Sehingga saat ini masih belum ada pencerahan yang jelas berkenaan Misteri Segitiga Bermuda. Malah, tidak ada orang yang dapat memastikan seperti apa keadaan di Segitiga Bermuda. Jadi, berikut ini ada beberapa gambar ilustrasi yang menggambarkan bagaimana menakutkan keadaan Segi Tiga Bermuda ini.

1. Ada yang mengatakan bahawa makhluk asing
 atau UFO mendiami Segitiga Bermuda.


2. Fenomena pusaran air laut yang berlaku di Segitiga Bermuda boleh menenggelamkan kapal yang lalu.


3. Konon masih ada hidupan purba raksasa yang mendiami pengairan Segitiga Bermuda.


4. Karaken, sotong gergasi yang merupakan hidupan mitos juga dikatakan tinggal di perairan Segitiga Bermuda. Menurut legenda, hidupan ini suka menenggelamkan kapal yang lalu.


5. Selain hidupan dan kejadian pelik berlaku di Segitiga Bermuda juga kononnya banyak menyimpan kisah misteri. Salah satunya kapal hantu yang suka menyerang kapal lain.




6. Salah satu penjelasan yang masuk akal adalah keadaan cuaca di kawasan Segitiga Bermuda yang sangat buruk.



Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->