-->

Wednesday, 8 March 2017

Kisah Ngeri Lelaki Ditelan Ular Sawa Hidup-Hidup Di Johor



Ular sawa adalah salah satu spesies ular terbesar di muka bumi. Dengan tubuh besarnya itu, tidak pelik jika ular sawa ini boleh menelan seekor kambing, bahkan lembu. Walaupun ular sawa boleh menelan apa saja yang lebih besar darinya, jarang sekali dengar kes ular sawa menelan manusia hidup-hidup.

Di Malaysia pernah digemparkan dengan berita seorang lelaki yang ditelan hidup-hidup oleh ular sawa kira-kira 22 tahun lalu. Lelaki tersebut dikenali dengan nama E Heng Cuhan (29) yang dijumpai dalam keadaan dibelit ular sawa seberat 140 kg berhampiran rumahnya, di daerah Segamat, Johor, Malaysia, pada 4 September 1995.

Heng Cuhan dipercayai mahu ke kedai berhampiran rumahnya kira-kira pukul 8 malam. Namun dia tidak pulang, sehingga keluarganya kemudian mencarinya dan menemuinya kira-kira pukul 10.30 malam dalam keadaan tubuh dibelit ular sawa.



Apabila dijumpai, ular sawa besar itu sudah menelan bahagian kepala Heng Cuhan dan tersekat pada bahagian bahunya.

Ketika kejadian, lima anggota polis bersama seorang penduduk datang ke lokasi untuk membantu Heng Cuhan dari lilitan ular sawa tersebut.

Polis terpaksa melepaskan lima kali tembakan untuk membunuh ular piton itu. Namun sayang, nyawa Heng Cuhan sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia meninggal kerana terlalu lama dibelit ular sawa seberat 140 kilogram itu.


Seorang anggota polis yang berada di tempat berlaku menceritakan keadaan menakutkan apabila ular menelan Heng Cuhan. Ular itu mengeluarkan suara mengerikan seperti bernafas yang dalam sebelum mula menelan kepala mangsanya.

Dianggarkan sempat berlaku pergelutan antara Heng Cuhan dan ular sawa tersebut. Namun kerana saiznya terlalu besar, ular sawa itu berjaya melumpuhkan Heng Cuhan kemudian membelitnya.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->