-->

Sunday, 23 April 2017

4 Lokasi Yang Mungkin Jadi Pembukaan Perang Dunia III


(Foto: nocookie.net)

Serangan senjata kimia di Syria membuatkan hubungan antara AS dengan China, Korea Utara, dan juga Russia semakin merosot dan meningkatkan keyakinan bahawa Perang Dunia III ada kemungkinan berlaku dalam waktu terdekat.

Sebelum ini, seorang ahli nujum, Horocio Villegas, mendakwa Perang Dunia III akan berlaku pada 13 Mei 2017 akan datang. Sementara masih belum diketahui kebenarannya, tidak menolak kemungkinan bahawa 
Perang Dunia III boleh berlaku dalam waktu terdekat berikutan hubungan tegang antara negara kuasa besar, ditambah lagi perang saudara di Syria dan serangan keganasan di daratan Eropah.

Jadi, sekiranya Perang Dunia 
III betul-betul berlaku, agak-agaknya di mana tempat pertama yang akan jadi tempat 'pembukaan' Perang Dunia III? Menurut laman nationalinterest.org, berikut beberapa lokasi yang mungkin akan menjadi tempat pembukaan awal Perang Dunia III.

1. Semenanjung Korea

(Foto: thediplomat.com)

Bekas Presiden AS, Obama, pernah mencadangkan kepada Presiden Trump bahawa dasar Korea Utara akan mewakili ujian besar pentadbirannya. Korea Utara terus membina lebih banyak peluru berpandu balistik yang 
lebih berkesan, dan juga (kebanyakan penganalisis mengesyaki) untuk mengembangkan senjata nuklearnya..

Disebabkan hal inilah konflik boleh tercetus pada bila-bila saja dalam pelbagai cara. Jika AS memutuskan untuk menyerang Korea bagi menghentikan program pembuatan peluru berpandu balistik, maka Korea Utara akan membalasnya, dan kemungkinan besar akan terjadi perang di Semenanjung Korea. Seperti mana yang berlaku pada tahun 1950, jika hal itu terjadi, negara lain seperti Jepun, China dan Rusia juga akan turut berperang.

2. Syria

(Foto: bbc.co.uk)

Perang sivil di Syria sudah melarat sejak sekian lama dan keadaan semakin bertambah buruk apatah lagi setelah berlaku serangan senjata kimia yang menyebabkan ramai rakyat yang tidak bersalah terbunuh. Ditambah lagi sokongan Rusia terhadap kelompok kerajaan Assad dan campur tangan AS dalam perang sivil di Syria.

Campur tangan AS dan Rusia dalam perang Syria juga mungkin boleh membawa salah faham yang berakhir dengan perang besar yang akan bermula di bumi Syria.

3. Asia Selatan


(Foto: friendsmania.net)

Perang juga tidak ditolak kemungkinan akan bermula di daratan Asia Selatan berikutan hubungan India dan Pakistan yang agak tegang. Ditambah lagi Presiden Trump membuat keputusan bagi mengekalkan hubungan kerjasama AS dengan India, sehingga hal itu menjadi berita tidak baik untuk Pakistan.

Sekiranya Pakistan dan India beradu senjata, AS dan China dengan mudah turut serta ke dalam perang mereka.

4. Laut Baltik



(Foto: kyievpost.com)

Tuduhan mengenai hubungan Presiden Trump dengan perisikan Rusia menjejaskan hubungan AS dengan NATO. Dengan ini, tidak menolak kemungkinan negara-negara kuasa besar di Eropah akan memperkuatkan pertahanan mereka dan boleh mencetuskan ketegangan berteruskan dengan Rusia.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->