MS-13 (Foto: The Richest)
Mara Salvatrucha atau lebih dikenali dengan sebutan MS-13 merupakan sebuah kumpulan geng besar yang dianggap paling berbahaya dan kejam di dunia. Geng ini dibentuk pada tahun 80-an di Amerika Syarikat yang sebahagian besar anggotanya merupakan pendatang Salvador yang datang untuk mencari perlindungan dari negara mereka sendiri kerana perang sivil.
Geng MS-13 mempunyai moto yang mengerikan, iaitu membunuh, merogol, dan menguasai. Hampir semua ahli-ahlinya sahaja mempunyai tatu yang jadi simbol geng mereka. Mereka sangat berbahaya dan popular sama ada di Amerika Syarikat, Amerika Tengah mahupun Amerika Selatan. Mereka lebih suka menggunakan parang atau pisau berbanding senjata api kerana lebih menyakitkan.
Menurut The Richest, di bawah adalah fakta-fakta mengerikan geng MS-13 yang akan membuat anda dalam ketakutan.
1. Ada 50,000 Ahli Geng MS-13 Di Beberapa Negara
(Foto: The Richest)
FBI mengatakan bahawa MS-13 mempunyai kira-kira 50,000 ahli yang berada di seluruh dunia. Tidak pasti jika di Malaysia, mudah-mudahan saja tidak ada kerana mereka sangat berbahaya.
2. MS-13 Jadikan El Salvador Sebagai Ibu Kota Pembunuhan Dunia
(Foto: The Richest)
3. Ritual Mengerikan Untuk Jadi Ahli MS-13
(Foto: The Richest)
Menjadi ahli MS-13 bukanlah senang. Pertama sekali, calon ahli perlu membunuh ahli geng saingan mereka. Selepas itu, anda perlu menunggu keputusan daripada ahli geng yang telah menyertai sama ada anda layak menyertai atau tidak. Jika mereka bersetuju, anda harus bersedia dibelasah oleh ramai orang. Setelah sah diterima, anda perlu bersedia ditatu dan melakukan misi-misi kejam.
4. 16 Orang Dibunuh Setiap Hari
(Foto: The Richest)
Salah satu geng saingan MS-13 di El Salvador ialah Barrio 18. Mereka sering terlibat dalam perang geng yang pastiya banyak mengakibatkan korban nyawa. Dalam masa sebulan, dua geng tersebut pernah terlibat perang besar. Dilaporkan 16 orang dibunuh setiap hari, bayangkan 16 orang dibunuh setiap hari selama 1 bulan? Sudah tentu MS-13 menjadi geng paling ditakuti.
5. Tatu Mereka Memiliki Maksud Tersendiri
(Foto: The Richest)
Semua ahli MS-13 mempunyai tatu di seluruh badannya, bahkan ada yang memenuhi wajahnya. Semuanya itu mempunyai maksud tersendiri. Tapi yang nyata tatu di badan mereka menunjukkan bahawa mereka adalah anggota MS-13 yang terkenal kejam yang membuatkan orang-orang berada dalam ketakutan, dan bagi yang wajahnya ditato, ia adalah supaya polis sukar mengenali wajah mereka. Simbol angka 13 juga dikait-kaitkan dengan simbol syaitan yang mereka anuti.