-->

Monday, 17 April 2017

Adakah Ini Kolam Renang Paling Menakutkan Di Dunia?



Kolam renang sebenarnya sangat menyenangkan. Tapi lain pula keadaannya dengan kolam renang yang satu ini yang dibina di atas bangunan pencakar langit yang akan memberikan kelainan rasa.

Kolam renang menakutkan itu terletak di atas bumbung sebuah blok pangsapuri di Houston, Texas. Apa yang menakutkan adalah sebahagian 
bahagian bawah kolam renang itu diperbuat daripada kaca sehingga anda boleh melihat ke bawah dari ketinggian 500 kaki.

Disebut Sky Pool, bahagian bawah kolam renang tersebut diperbuat daripada kaca 8 inci, sehingga yang berenang tidak perlu bimbang kaca tersebut akan pecah. Kolam renang membuatkan anda rasa seolah berjalan di atas udara.

Sky Pool terletak di tingkat 42 Market Square Tower di Houston, Texas. Ketinggiannya sahaja mencapai 500 kaki atau 152 meter di atas permukaan tanah.

Saksikan rakaman di bawah ini untuk merasakan sensasi menakutkan berenang di Sky Pool.




Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->