-->

Monday, 17 April 2017

Brunei Temui Telaga Minyak Daratan Pada Kedalaman Lagi Tinggi Daripada Gunung Kinabalu



Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah mencapai satu kejayaan baru yang menarik dalam penerokaan apabila berjaya membuat penemuan minyak dan gas di Telaga Layang-Layang di kawasan Lumut yang disifatkan penemuan darat terbesar yang pertama dalam tempoh 37 tahun.

Penemuan minyak dan gas Layang-Layang itu adalah yang pertama menggunakan konsep geologi baru yang dikenali sebagai Shale diapir trap yang ditafsirkan daripada data seismik dan 'Brunei field outcrop studies'.

Telaga minyak itu digerudi dengan selamat pada sudut di bawah bandar Lumut dengan kedalaman 4319 meter, iaitu pada ukuran lebih tinggi daripada Gunung Kinabalu (4,095 meter).

Dengan kerjasama pasukan penerokaan dan kontraktor, pelantar T203 telah dibina untuk kerja cari gali di pesisir dalam di Brunei.

Jumlah yang tepat masih belum dinilai tetapi pengiraan awal menunjukkan bahawa sasaran hasil yang berpotensi adalah bersamaan dengan kira-kira 15 peratus daripada bajet tahunan iaitu $6 bilion .

Penemuan ini sudah pasti berita baik untuk negara kerana selain menambah jumlah kepada sumber asas Brunei, hasilnya juga akan menyediakan penentukuran yang baik bagi prospek sekitar kawasan yang belum digerudi di mana tiga lagi dirancang untuk digerudi pada tahun 2017 dan 2018.

Penerokaan seterusnya dijangka membawa kepada perkembangan minyak dan gas tempatan pada masa akan datang serta membuka lebih banyak peluang untuk Brunei dalam sektor hiliran.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->