Buat segelintir ibu bapa, membeli peralatan anak-anak sekolah adalah tidak menjadi masalah besar. Tetapi, terdapat juga ibu bapa yang tidak berupaya untuk memberi peralatan lengkap yang diperlukan bagi anak-anak untuk belajar.
Hal itulah yang dijumpai oleh seorang guru, Syafaat Nasir, yang terperanjat apabila salah seorang pelajarnya membawa 'kotex' ke sekolah.
Walau bagaimanapun, isi di dalamnya bukanlah seperti yang kita semua duga. Guru tersebut memberitahu sejurus sahaja ia dibuka, beliau mendapati ada alatan mewarna di dalamnya.
"Terkejut tengok anak murid bawa dalam kelas. Bila check, rupanya dalam ada color pencils. Takpa la. Janji boleh letak color pencils leklok." kata beliau.
Kejadian menghayat hati itu dikongsi oleh guru terbabit di akaun Twitternya semalam.
"Haaaa pencil box dan color pencils box baru. Nasib baik ada stok hadiah pertandingan lebih haritu. Parents jangan tak sensitif sangat ya!" kata Syafaat.
"Laju gila orang whatsapp gua nak bagi sumbangan color pencils baru untuk students gua. Baik betul hati. Murah rezeki la semua!".
Ia sekaligus menunjukkan betapa baik hatinya rakyat Malaysia. Tahniah semua!