Sindrom kaki gelisah (RLS) sudah tentu bukan perkara menyenangkan kerana RLS juga boleh membuat anda terjaga di tengah malam kerana kaki yang tiba-tiba kejang. Ia memang cenderung menyerang kaki, tetapi tidak menutup kemungkinan boleh menyerang bahagian lain seperti tangan, kepala atau dada.
RLS disebabkan kerana sistem saraf yang menyebabkan kaki anda bergerak tanpa kawalan. Simpton biasanya timbul sepanjang malam dan menyebabkan anda sukar tidur dan gelisah. Simpton yang terjadi juga boleh berupa rasa gatal yang tak boleh digaru atau seperti ada sesuatu yang merayap dalam kaki.
Walaupun belum ditemui ubat bagi merawat hal tersebut, namun rupanya terdapat cara tradisional yang sungguh mudah dibuat. Caranya adalah dengan menggunakan sabun yang diletakan di bawah cadar atau ada juga yang meletakkan semuanya dalam stokin terlebih dahulu sebelum diletakkan di bawah cadar.
Walaupun belum ada penjelasan saintifik mengenai cara ini, namun menurut beberapa orang yang pernah mencubanya mengaku cara tradisional tersebut sangat membantu.
Biasanya sabun akan mula mengecil selepas satu bulan disimpan. Hal ini menunjukkan bahawa sabun telah mengeluarkan ion-ionnya yang membuat mereka mengecut. Untuk itu, gantilah sabun sebulan sekali agar ia mampu melepaskan kembali ion dan membawa kesan yang lebih baik.