-->

Tuesday, 11 April 2017

Mengintip Ganasnya Kapal Perang Termahal Milik AS


USS Gerald R. Ford (Foto: Daily Mail)

Kapal perang termahal yang pernah dibina Amerika Syarikat akhirnya mula belayar di lautan. Sejauh manakah kecanggihan kapal perang paling mahal buatan AS itu?

Tentera Laut AS mendedahkan bahawa kapal perang terbaru mereka USS Gerald R. Ford mula belayar menuju ke laut  pantai Virginia. Kapal perang ini adalah yang pertama kalinya daripada kelas terbaru yang juga merupakan yang termahal dan paling canggih.

Menurut Daily Mail, pembuatan USS Gerlad R. Ford sehingga siap sepenuhnya dianggarkan menelan kos sehingga US$12.9 bilion yang dibina oleh syarikat Huntington Ingalls Industries.

(Foto: Daily Mail)

Pembuatan R. Ford bermula pada tahun 2009 dan dijangka selesai pada September 2015 dengan bayaran US$10.5 bilion. Namun ada masalah dengan sistem pembawa dan teknologi canggih yang lain, seperti peralatan pendaratan pesawat dan penjanaan elektrik.

Ia menyebabkan penyiapan kapal tersebut sedikit lambat, namun pada tahun ini ia berjaya juga disiapkan. Buat masa sekarang, R. Ford sedang melakukan uji cuba pelayaran dan beberapa teknologi pejuang canggih sebelum siap berlayar sepenuhnya.

(Foto: Daily Mail)

Di bawah beberapa fakta tentang kapal perang USS Gerald R. Ford:

1. Pembuatan kapal melibatkan 5,000 pekerja dan kapal perang yang paling mahal yang dibangunkan AS.

2. USS Gerlad R. Ford mempunyai berat 100,000 tan atau kira-kira 400 kali Patung Liberty.

3. Kapal ini mempunyai dek penerbangan seluas lima ekar, dan mempunyai 4660 kakitangan, 75 pesawat, dan direka sepenuhnya dengan menggunakan komputer 3D.

4. Kelajuan kapal ini boleh mencapai di atas 34 knot (34 mph) dan mempunyai kabel elektronik sepanjang 10,000,000 kaki jika dijumlahkan keseluruhannya.

5. Kapal perang sepanjang 1,106 kaki ini mampu melancarkan 220 serangan udara setiap hari dengan dua landasan pacu.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->