-->

Saturday, 6 May 2017

Insiden Di Hadapan Masjid, Polis Akhirnya Ambil Tindakan



JOHOR BAHARU, 6 Mei - Empat lelaki ditahan polis awal hari ini untuk siasatan berikutan serangan ke atas seorang lelaki di hadapan sebuah masjid di Taman Austin Perdana di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berusia antara 21 dan 55 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 1:00 pagi di hadapan masjid di bawah Seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh.

Insiden yang telah menular di media sosial itu dipercayai bermula ketika solat Jumaat apabila pemandu 
tidak henti-henti membunyikan hon semasa solat Jumaat berikutan kenderaan yang dipandunya terhalang oleh kereta yang diparkir di luar masjid.

Tindakan lelaki itu difahankan telah mengganggu jemaah yang sedang beribadah di dalam masjid.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menghebohkan kejadian itu atau membuat apa-apa komen yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->