-->

Sunday, 21 May 2017

Juruterbang Kelaparan Ini Daratkan Helikopternya Di McDonald's, Lihat Videonya!



Jika anda jadi seorang juruterbang helikopter, dan tiba-tiba anda terasa lapar ketika sedang asyik naik helikopter, apa yang akan anda buat? Mungkin saja anda akan mendaratkan helikopter di restoran makanan segera berhampiran.

Perkara itulah yang berlaku di salah satu cawangan MacDonald 's di Rouse Hill, Sydney, di mana sebuah helikopter kelihatan mendarat dan kemudian turut parkir helikopternya dengan beberapa kenderaan lain. Tidak lama selepas itu kelihatan seorang lelaki yang dipercayai juruterbang helikopter turun dan kemudian menempah salah satu menu di restoran tersebut.

Selepas lelaki tersebut mendapat apa yang dipesannya, dia kemudian kembali ke helikopternya dan terus menerbangkan helikopternya. Aksinya itu berjaya menarik perhatian pengunjung lain sehingga ada yang merakam video.

"Saya fikir kita semua sedang berada dalam keadaan darurat saat melihat helikopter itu tiba-tiba mendarat di laman restoran ini," kata salah seorang pengunjung.

Ternyata kerajaan Australia memang tidak melarang seseorang mempunyai helikopter peribadi, asalkan pemandu mempunyai lesen mengemudi dan tidak mendaratkan helikopternya di tempat-tempat yang tidak membolehkan untuk helikopter mendarat.



Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->