(Foto: Malaysiakini)
Pemilik dan Pengarah Urusannya Burhanuddin Md Radzi berkata, sebaliknya Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang telah dipecat dalam masa 24 jam oleh penerbit majalah itu, Nyla Sdn Bhd, pemegang lesen Upin & Ipin.
Burhanuddin berkata beliau tidak tahu bahawa Ujang dilantik sebagai penasihat, dan mengatakan bahawa Ujang telah dipecat oleh pemilik Nyla, Tunku Maziah Tunku Mukhtar kerana gagal dalam peranannya sebagai penasihat yang telah menyebabkan jualan jatuh.
"Sejak dua bulan lalu, kandungan Upin & Ipin banyak menyimpang di luar trek, kami dapati bahawa bukan sahaja ia tidak berkaitan dengan kanak-kanak, tetapi ada juga cerita memasak di dalam," Burhanuddin dipetik berkata oleh Malaysiakini, merujuk kepada majalah komik.
"Sebagai penerbit komik, dia perlu mencadangkan bagaimana untuk meningkatkan jualan. Tetapi apabila dia pergi dan kembali semula selepas itu, dia kata penasihat kata jangan tukar apa-apa, " katanya, merujuk kepada Tunku Maziah.
"Kami tidak arahkan (untuk pecat), tetapi jika dia tidak boleh menasihat, maka tidak perlu untuk menjadi penasihat. Itulah sebabnya dia balik dan memecat Ujang dalam 24 jam. "
Dalam post Facebook pada Jumaat lepas, Ujang berkata, sebuah syarikat yang baru ditubuhkan telah meminta beliau untuk mendapatkan nasihat dalam penerbitan komik.
Walaupun beliau enggan terlibat pada awalnya, namun akhirnya Ujang menyatakan persetujuan untuk mengambil jawatan penasihat dengan gaji RM2,000 sebulan, sehingga dia tiba-tiba dipecat minggu lalu melalui teks mesej.
"Tidak patut buang orang (pekerja) 24 jam, kalau hendak buang kena ada budi bicara. Kami pun tidak buang orang dalam tempoh sebegitu. Mungkin Ujang tidak perlu dibuang tetapi ditempatkan di bahagian lain misalnya,” katanya .
"Ujang telah membawa isu itu di media sosial untuk mendapatkan simpati orang ramai, dan Les Copaque mendapat nama yang buruk, kita menjadi mangsa keadaan," kata Burhanuddin.