(Foto: Teleportmyjob.com)
Qatar mungkin hanya negara kecil yang mempunyai penduduk kira-kira 2.1 juta orang. Tapi kebanyakan rakyat di negara jiran Arab Saudi ini hidup senang kerana kemajuan ekonomi Qatar di bawah pemerintahan yang mantap. Bukan hanya itu, kehidupan sosial di sini juga selesa dan sangat Islamik. Contohnya, walaupun bandar ini 'tidak pernah mati', namun setiap malamnya hampir tidak ada kelab malam di sini.
Qatar ibarat mutiara di tengah-tengah padang pasir. Bukan kerana negara ini dulunya pengeluar mutiara, namun kerana Qatar dilihat sebagai negara paling selesa untuk tinggal berbanding negara lain. Berikut disiarkan laicikang.com seperti dipetik dari .boombastis.com sebab kenapa semua orang akan mengidamkan untuk tinggal di Qatar!
1. Graduan Tidak 'Sempat' Menganggur
(Foto: Med.cornell.edu )
Cari kerja di Qatar amatlah mudah. Apatah lagi bagi orang-orang yang berasal di sana. Selepas ada pelajar lulus di sana, jadi biasanya bukan graduan yang cari syarikat, tetapi syarikat yang akan 'menjemput'. Bahkan satu tawaran kerja boleh dilamar lebih dari 5 syarikat sekaligus. Wah, untung kan? Tapi, nanti dulu, ini mungkin kerana orang-orang di sana yang benar-benar mempunyai kriteria yang bagus. Di Malaysia, cari kerja sendiri lagi susah dari cari jodoh, kan?
2. Bebas Cukai Pendapatan
(Mentoreu.com)
Baik pekerja berasal dari sana ataupun pekerja asing seperti kita, mereka takkan dikenakan cukai pendapatan. Kesimpulannya, benar-benar beruntung para pekerja di sana. Sebab kenapa Qatar sendiri tidak menetapkan sistem cukai mungkin kerana hasil negara itu telah lebih dari mencukup. "Cukai hanya untuk negara yang tidak mampu," mungkin kata para pemerintah sana, hehe.
3. Gaji Terlalu Besar
(Foto: Qatarliving.com)
Gaji di Qatar sangat menggiurkan. Jika untuk pekerja yang lebih mahir dan banyak pengalaman, tentu saja gajinya tinggi melangit. Perkara yang menarik dari sistem gaji di sana, ada juga diberi faedah. Dari semua faedah, tidak ada yang lebih menarik daripada kemudahan perumahan. Jadi, kita mungkin sahaja boleh dapat kemudahan rumah ketika bekerja di sana. Seronok juga kan?
4. Beban Kerja Biasa-Biasa
(Foto: Washingtonpost.com)
Benar, Qatar seperti syurga bagi para pekerja. Bukan hanya dilihat dari gaji dan juga tax free bebas cukai tadi, tetapi juga bagaimana syarikat di sana melayan para pekerjanya. Di Qatar, syarikat tidak menuntut lebih daripada apa yang boleh dilakukan pekerjanya. Jadi, tidak hairan andai ada pekerja yang tidak membantah dengan sistem kerja di sana.
5. Bonus Boleh Haji dan Umrah Berkali-Kali?
(Foto: Sakeenahtours.com)
Para pekerja Malaysia yang berkhidmat di Qatar, biasanya bukan hanya mensasarkan gaji atau juga kemudahan yang lain, tetapi, juga dengan tujuan agar boleh melaksanakan umrah dan haji. Qatar berjiran dengan Arab Saudi. Kedua-dua negara ini begitu dekat jaraknya, sehingga membolehkan sesiapa sahaja yang ingin melaksanakan haji atau umrah dengan lebih senang.
Kos dari Qatar ke Arab Saudi tidak terlalu tinggi, termasuk kos haji dan umrahnya. Malah kita boleh terus berangkat di senarai tahun pertama.
Sangat beruntung kan tinggal di Qatar? Lain sekali jika dibandingkan dengan Malaysia. Walaupun begitu, Qatar tidak selalu selesa. Salah satunya adalah musim panas di sana yang dikatakan suhunya boleh mencapai 51 darjah Celsius. Tapi dengan gaji tinggi, kita mampu pasang AC setiap dua meter di ruangan mana saja, hehe.