-->

Sunday, 4 June 2017

Cara Pilih Buah Tembikai Yang Manis Dan Terbaik


(Foto: pamelafergusson.com)

Penyakit artritis, gout dan keracunan uremik boleh terjadi kerana kehadiran asid urik yang terlalu banyak. Jus tembikai mampu memberikan kesembuhan kepada penyakit-penyakit ini dengan menghilangkan kesan-kesan toksik dalam badan. Kehadiran asid yang terlalu banyak dalam darah mampu ditangani dengan meminum jus tembikai yang boleh bertindak membantu melancarkan peredaran darah.

Dipetik dari mawardiyunus.com, orang kata buah tembikai ada jantina, jantan dan betina. Biasanya, tembikai betina saiznya lebih besar berbanding dengan jantan. Jadi, macam mana cara bagi mengenal pasti tembikai jantau atau betina ni, anda harus melihat pada jalur buah termbikai. Jika jalur termbikai tersebut halus, maka ia adalah jantan, dan jika lebar jalur, tembikai itu betina.

Jadi petuanya, anda mestilah memilih buah tembikai betina, ia manis dan biji benih pun tidak banyak. Berbeza dengan jantai, benih banyak tetapi tidak manis.

Boleh juga mempraktikkan cara ni untuk pilih buah tembikai..




Petua lain yang biasa digunakan ketika membeli tembikai..

1. Memilih buah tembikai yang licin kulitnya.

2. Pilih tembikai yang lebih berat jika dibandingkan dengan saiznya.

3. Tembikai masak mempunyau kulit licin seperti berkilat menandakan ia sudah matang, tembikai yang mempunyai permukaan yang kasar menandakan ia masih lagi mentah.

4. Pastikan pangkal tembikai itu gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya menjadi putih kuning air.

5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih


6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus. 

7. Cuba ketuk-ketuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, jika ia menghasilkan bunyi seperti kosong (ada ruang dalam), insyaallah ia sudah masak dan cantik isinya.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->