(Foto: citygirlfarming.com)
Makanan yang kita makan setiap hari yang dianggap bersih belum tentu halal dimakan. Contohnya, antara isu yang timbul hari ini adalah telur yang tidak dibasuh. Apakah hukum jika makan roti canai yang menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh, jika ada najis ayam pada kulit telur tersebut, adakah ianya dihalalkan dalam islam?
Jom ikuti penjelasan dari segi syarak berkenaan hukum makan telur haiwan yang tidak dibasuh seperti dikutip dari laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.
Jika tidak kelihatan najis pada telur, maka ia dihukum suci..
Jika disangka sahaja ada najis, ia dihukum suci..
Walaupun ada najis pada telur, tiada masalah selagi tidak nampak najis masuk ke dalam makanan..
Wallaua'lam. Insyaallah dengan sedikit perkongsian ini dapat menambahkan sedikit pengetahuan mengenai hukum makan telur yang tidak dibasuh.