Ramai orang yang beranggapan jika orang yang meninggal dunia di bulan Ramadan akan terus masuk syurga, bebas dari azab kubur, juga dinilai khusnul khotimah. Benarkan demikian? Ia tidak benar sama sekali. Untuk penjelasan lanjut mengenai kematian di bulan Ramadhan, berikut sedikit ulasannya.
1. Meninggal dunia di bulan Ramadhan pasti khusnul khotimah?
Kita sudah sedia ketahui bahawa sebab yang membuat seseorang masuk syurga adalah amal ibadah dan rahmat Allah. Sedangkan masa dan tempat yang mulia tidak menjadikan seseorang itu mulia. Imam Malik pernah meriwayatkan, bahawa bulan Ramadhan sebenarnya tidak menyucikan seseorang, tetapi yang menyucikan seseorang adalah amal ibadatnya.
2. Meninggal dunia di bulan Ramadan berbeza dengan meninggal dunia ketika berpuasa
Meninggal dunia di bulan Ramadhan dengan meninggal dunia saat sedang berpuasa sudah tentu berbeza. Di mana terletak kelainannya? Sudah pasti pada amal yang dikerjakan. Ketika seorang hamba meninggal dunia saat sedang berpuasa, sudah pasti dia meninggal dunia ketika melakukan amal soleh.
Itu yang disebut dengan meninggal dunia dalam keadaan khusnul khotimah. Rasulullah SAW juga pernah menjelaskan bahawa seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan berpuasa dengan ikhlas, pasti akan dimasukkan dalam syurga.
3. Meninggal dunia di bulan Ramadhan, dijamin bebas azab kubur? Wallahu a'lam
Meninggal dunia di bulan Ramadhan, tidak terdapat dalil tertentu yang memberikan jaminan khusus. Jadi, bagaimana nasib si mati yang meninggal dunia semasa bulan Ramadhan hanya Allah sahaja yang tahu.
4. Meninggal dunia di bulan Ramadhan, terus masuk syurga?
Bulan Ramadhan bulan mulia. Ramai juga orang yang beranggapan bahawa meninggal dunia di bulan tersebut akan terus masuk syurga. Benarkah demikian? Sebenarnya, orang-orang yang boleh terus masuk syurga tanpa hisap adalah anak-anak kecil tanpa dosa, para Rasul, Nabi dan para syuhada. Kita sebagai insan biasa, hanya boleh berusaha untuk memperberat timbangan amal kita.
Itulah fakta tentang meninggal dunia di bulan Ramadhan yang biasa sekali disebarkan. Tentu semua menginginkan syurga, ingin bebas dari azab kubur, dan mengharapkan mati dalam khusnul khotimah. Namun, hal-hal seperti ini mustahil diperolehi secara serta-merta. Bila-bila masa ajal boleh menjemput, sebagai manusia kita hanya boleh berusaha melakukan amal ibadah sebaik dan sebanyak mungkin.