Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani (Foto: Reuters)
Doha - Sejumlah negara Arab telah memutuskan untuk menghentikan hubungan diplomatik dengan Qatar.
Menghadapi peminggiran ini, kerajaan Qatar berkata bahawa mereka tidak akan menyerah. Qatar juga menolak setiap campur tangan dalam dasar luar negaranya.
Dalam wawancara dengan agensi berita AFP, Emir Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani berkata, seruan Arab Saudi dan sekutu-sekutunya tentang perubahan dalam dasar Qatar merupakan hal yang tidak boleh diterima.
"Tidak ada negara yang berhak mencampuri dasar luar negara kami," tegas penguasa Qatar itu seperti dikutip dari AFP, Jumaat (9/6/2017).
Beliau juga menolak penyelesaian dengan ketenteraan sebagai pilihan untuk menyelesaikan krisis ini. Tegasnya, Qatar akan bertahan walaupun negara-negara Teluk Arab menyisihkannya.
"Kami tidak bersedia untuk menyerah, dan kami tak akan pernah bersedia untuk menyerahkan kemerdekaan dasar luar negara kami," ujarnya sambil menambah: "Tiada yang akan mematahkan kami."
Atas tuduhan menyokong keganasan, kerajaan Qatar menafikan tuduhan itu dan membantahnya dengan tegas. Negara tersebut juga telah menyatakan kesediaan untuk berdialog bagi menyelesaikan krisis ini.
Dalam wawancara dengan agensi berita AFP, Emir Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani berkata, seruan Arab Saudi dan sekutu-sekutunya tentang perubahan dalam dasar Qatar merupakan hal yang tidak boleh diterima.
"Tidak ada negara yang berhak mencampuri dasar luar negara kami," tegas penguasa Qatar itu seperti dikutip dari AFP, Jumaat (9/6/2017).
Beliau juga menolak penyelesaian dengan ketenteraan sebagai pilihan untuk menyelesaikan krisis ini. Tegasnya, Qatar akan bertahan walaupun negara-negara Teluk Arab menyisihkannya.
Raja Jordan (Raja Abdullah II), Raja Arab Saudi (Raja Salman bin Abdulaziz al Saud), Presiden Amerika Syarikat (Donald Trump), Putera Mahkota Abu Dhabi (Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan) dan Emir Qatar (Sheikh Tamim Bin Hamad al Thani) bergambar ketika Sidang Kemuncak Arab-Islam-Amerika di Riyadh, Arab Saudi, May 21, 2017. (Foto: Reuters)
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dengan alasan negara tersebut menyokong kumpulan ekstrem, juga kerana kaitan Qatar dengan Iran, musuh utama Saudi. Kerajaan Yaman, Libya, Maldives dan Mauritania kemudian juga turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.