-->

Wednesday, 14 June 2017

Mengintip Kemewahan 5 Istana Kepunyaan Raja Arab Saudi



Nama Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud hangat menjadi perbincangan masyarakat antarabangsa beberapa hari ini. Hal ini terjadi berikutan krisis di teluk Arab yang berlaku selepas Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain memutuskan hubungan dengan Qatar.

Lahir dalam keluarga kerajaan, sudah pasti menjadikan Raja Salman terbiasa dengan hidup mewah. Bukan hanya mempunyai harta yang banyak, keluarga kerajaan juga mempunyai pelbagai istana yang digunakan sebagai tempat tinggal, bangunan kerajaan, ada yang dijadikan sebagai muzium untuk tatapan masyarakat. Berikut disiarkan laicikang.com lima istana mewah kepunyaan Raja Arab Saudi seperti yang dikutip dari en.wikipedia.org.

1. Istana Erga





Dari luar, Istana Erga kelihatan sederhana dengan bangunan yang tidak terlalu tinggi. Di hadapannya terdapat sebuah kolam dengan air pancut untuk menjadikan suasana kelihatan lebih indah.

Dalaman Istana Erga yang menjadi ruang kerja Raja Salman dipenuhi dengan perabot berwarna emas. Perkara ini boleh dilihat ketika bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkunjung ke Arab Saudi pada awal 2015.

2. Istana Tuwaiq



Istana Tuwaiq merupakan salah satu bangunan istana di Riyadh, Arab Saudi. Istana ini sering digunakan untuk menjadi tuan rumah bagi kegunaan kerajaan, majlis negeri dan perayaan kebudayaan yang memperkenalkan seni Arab dan adat kepada masyarakat antarabangsa.

3. Istana Barzan



Bangunan ini termasuk dalam bangunan bersejarah di Arab Saudi yang terletak di Ha'il. Istana ini mula dibina pada 1808 oleh Putera Muhammad bin Abdul-Muhsin Al Ali. Pembangunan istana siap ketika pemerintahan Talal bin Abdullah.

Istana ini terdiri daripada tiga tingkat dan meliputi kawasan seluas lebih daripada 300,000 meter persegi. Tingkat pertama untuk dewan penerimaan, taman-taman, dan dapur. Tingkat kedua untuk menempatkan tetamu diplomatik, dan tingkat ketiga diduduki oleh keluarga diraja. Ia terletak berhampiran Barzan Souq.

Ibn Saud Arab Saudi mengarahkan istana ini dimusnahkan selepas amir Al Rashid terakhir disingkirkan dari kuasa pada tahun 1921.

4. Istana Qishlah



Istana ini juga terletak di pusat bandar Jeddah, Arab Saudi. Dibina pada tahun 1940-an semasa pemerintahan Putera Abdul-Aziz bin Musa'ad Al Saud. Bangunan ini pernah berfungsi sebagai pusat pasukan tentera dan pernah digunakan sebagai penjara sehingga akhir pemerintahan bin Musa'ad. Selepas itu, istana ini dijadikan sebagai bangunan bersejarah oleh kerajaan.


5. Istana Shadda





Istana Shadda merupakan istana pusat pemerintahan di Kota Abha, Arab Saudi. Istana ini dibina pada tahun 1820 tetapi kini sudah ditukar fungsi menjadi muzium.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->