-->

Saturday, 10 June 2017

Peniaga Jelas Kenapa Jual Daging Arnab Sekali Dengan Kepala



Apabila bercakap soal makanan, adakah anda bersedia untuk makan makanan istimewa yang 'eksotik' tanpa mengetahui haiwan apa yang anda makan itu?

Dua gambar yang menunjukkan makanan istimewa yang eksotik yang dijual di Bazaar Ramadhan di Kampung Guntong, Setiu Terengganu mendapat perhatian baru-baru ini selepas banyak menimbulkan spekulasi netizens yang meragui haiwan apakah itu yang telah dibakar untuk dijual.

Netizens laju sahaja untuk berkongsi spekulasi mereka kerana kerana daging yang dijual tersebut kelihatan seperti daging anak kambing dan ada juga yang mendakwa ia adalah daging kucing atau anjing.

Tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya juga kerana bentuk daging panggang yang dipaparkan tidak menyerupai apa-apa jenis haiwan yang biasanya kita makan.

Namun, penjual daging tersebut, 
Mohd Ebbie Shafiran tampil menjelaskan dengan mengatakan daging tersebut sebenarnya arnab panggang. Aa, arnab!

"Jangan kecam saya, saya jual arnab jer , makanan halal , bukan makanan haram nak jualikut suka, " Ebbie menjelaskan melalui post Facebook.

Selain itu, pengguna internet juga mempersoalkan mengapa Ebbie menjual arnab panggang tanpa memotong kepalanya terlebih dahulu.

"Ada orang luar tidak tahu bahawa kepala arnab boleh juga dimakan. Mungkin yang tidak tahu akan berasa tidak selesa mengenainya.

"Memang ada pelanggan kami yang tidak mahu bahagian kepala dan mereka beritahu, justeru kami hanya bungkus bahagian badan untuk mereka tetapi untuk penggemar daging arnab yang tahu mereka juga mahu dengan kepalanya sekali," kata Mohd Ebbie Shafiran Zahari, 27, seperti dipetik dari Harian Metro.

Walaupun sesetengah daripada kita merasa kejam makan arnab, mari kita semua bersyukur kerana satu misteri telah diselesaikan dan jika anda seorang pencinta makanan yang sukakan cabaran, mungkin anda perlu
cuba arnab panggang Ebbie ini!

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->