-->

Wednesday, 21 June 2017

Qatar Sedia Berunding Untuk Selesai Krisis Namun Hanya Jika Syarat Ini Dipatuhi..


(Foto: Reuters)

Qatar tidak akan berunding dengan mana-mana negara Arab yang telah memutuskan hubungan dengannya melainkan mereka mengundur balik langkah mereka dan mengangkat sekatan terhadapnya, kata menteri luar negeri Qatar seperti dilaporkan Al-Jazeera.

"Qatar berada di bawah sekatan, tidak ada rundingan, mereka perlu mengangkat sekatan untuk memulakan rundingan," kata Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani kepada pemberita pada hari Isnin.

"Sampai sekarang kita tidak melihat apa-apa perkembangan untuk mengangkat sekatan itu, iaitu prasyarat untuk sebarang (keputusan) untuk bergerak ke hadapan," katanya.

Bercakap dari ibu kota, Doha, menteri itu berkata Qatar masih belum mendapat sebarang tuntutan dari Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang memutuskan hubungan dua minggu yang lalu yang menyebabkan krisis Teluk Arab yang paling buruk berlaku sejak bertahun-tahun.

Sebarang perkara yang berkaitan dengan urusan enam negara Kerjasama Teluk tertakluk kepada perundingan, katanya merujuk kepada negara yang terdiri daripada Qatar, Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait dan Oman.

"
Sebarang perkara yang tidak berkaitan dengan mereka (negara Teluk) tidak tertakluk kepada perundingan, tiada siapa yang berhak mengganggu urusan kami, Al Jazeera adalah urusan Qatar, dasar luar negeri Qatar mengenai isu-isu serantau adalah urusan Qatar dan kita tidak akan berunding dengan urusan kita sendiri ," katanya.

Menteri itu berkata pemimpin Kuwait adalah satu-satunya pengantara dalam krisis itu dan beliau sedang menunggu tuntutan khusus dari negara-negara Teluk untuk mengorak langkah penyelesaian ke depan.

"Kita tidak boleh hanya buat tuntutan (tidak jelas) seperti 'orang-orang Qatar tahu apa yang kami mahu daripada mereka, mereka perlu menghentikan ini atau itu, mereka perlu dipantau oleh mekanisme pengawasan asing.'"

Krisis ini memberi impak kepada perjalanan awam dan beberapa kegiatan import makanan. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan eksport tenaga dari Qatar, pengeksport gas asli cecair (LNG) terbesar dunia.

Menteri itu berkata Qatar akan bergantung kepada negara lain jika boikot itu berterusan, termasuk seteru Arab Saudi, Iran.

"Kami mempunyai pelan cadangan yang bergantung terutamanya kepada Turki, Kuwait dan Oman," katanya.

"Iran telah memudahkan kami untuk laluan udara untuk penerbangan kami dan kami bekerjasama dengan semua negara yang dapat memastikan bekalan untuk Qatar."

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->