-->

Monday, 5 June 2017

Reaksi Qatar Selepas Negara Arab Keluarkan Senarai 'Pengganas'


Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani (Foto: BBC)


DOHA - Qatar menolak tuduhan memberi sokongan kepada organisasi dan individu yang dikeluarkan oleh empat negara Teluk Arab. 


"Kami ada tanda tanya besar mengenai masa depan Majlis Kerjasama Teluk (GCC)," kata Menteri Luar Negeri Qatar, menurut Aljazeera, Jumaat (9/6).

"Kenyataan bersama baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan UAE mengenai 'senarai pengawasan' sekali lagi menguatkan lagi dakwaan tidak berasas yang tidak ada landasan sebenarnya," kata kerajaan Qatar sebagai tindak balas.

Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Mesir mengeluarkan senarai 59 orang dan 12 organisasi yang mempunyai hubungan dengan Qatar pada Rabu (8/6). 

Semua senarai itu didakwa mempunyai hubungan dengan keganasan.

Dalam senarai tersebut, salah seorang ulamak Islam yang terkenal di Timur Tengah, Yusuf Al-Qardawi, turut termasuk dalam senarai. Selain itu organisasi amal yang dibiayai Qatar juga dimasukkan ke dalam senarai organisasi yang dianggap berkait dengan pengganas.

Menurut Profesor di Universiti Qatar, Mahjoob Zweiri, senarai itu tidak boleh dipercayai kerada terdapat pertubuhan dalam Kementerian Hal Ehwal Sosial Qatar yang mengawasi kerja amal dan setiap wang yang diperolehi.

Badan amal ini bekerjasama dengan agensi bantuan antarabangsa, termasuk Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Oxfam – agensi berusat di United Kingdom – di zon konflik di Syria dan Iraq, katanya.

Sementara itu, di London, pertubuhan bebas Hak Asasi Arab yang berpangkalan di UK (AOHR) mengeluarkan satu kenyataan mengecam senarai yang dikeluarkan dan mendakwanya sebagai 'sewenang-wenangnya'.

"Senarai itu jelas dibuat sewenang-wenangnya, untuk memenuhi agenda politik, tanpa bergantung pada bukti atau pihak berkuasa mahkamah yang tidak memihak," tulis organisasi tersebut dalam satu kenyataan rasmi.

"Definisi undang-undang dan jenayah keganasan yang tepat perlu ditentukan oleh pihak berkuasa kehakiman yang neutral, yang tidak boleh didapati di negara-negara ini (Arab Saudi, Mesir, UAE, dan Bahrain)."

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->