-->

Tuesday, 13 June 2017

Selepas Dikecam AS, Qatar Dedah Punca Jadi Tuan Rumah Taliban


(Foto: Aljazeera.com)

Krisis diplomatik Qatar terjadi kerana tuduhan Arab Saudi, bahawa negara itu membiayai dan melindungi kumpulan pengganas yang salah satunya adalah Taliban.

Duta Khas Menteri Hal Ehwal luar Negeri Qatar untuk Urusan Kaunter-Keganasan, Mutlaq Al Qahtani berkata, mereka menerima Taliban di negaranya berdasarkan permintaan Kerajaan Amerika Syarikat (AS).

"Ini adalah permohonan AS dan juga merupakan sebahagian daripada 'dasar pintu terbuka' kami yang bertujuan untuk memudahkan perundingan dan menjadi pengantaraan dan membawa perdamaian," kata Al Qahtani seperti dipetik dari Al Jazeera, Senin (12/6/2017)

"Qatar telah memudahkan rundingan antara Amerika, Taliban, dan Kerajaan Afghanistan," tambah beliau.

Mendengar pengakuan dari Qatar, AS sehingga saat ini masih belum mengulas. 


Kedatangan Taliban di Qatar ditandai dengan pembukaan pejabat perwakilan mereka pada 2013 lalu. Namun, tidak lama selepas itu, Kerajaan Qatar menutup pejabat tersebut.

Sementara itu, pernyataan Al Qahtani dikeluarkan sebagai respon terhadap tuduhan Presiden AS Donald Trump. Beliau menuduh Qatar membiayai pengganas pada tahap yang paling tinggi.

Ironiknya, Kerajaan Qatar melihat komen Trump hanya bual kosong. Ini kerana tidak ada bukti kukuh sama sekali demi membuktikan tuduhan tersebut.

Bagi meredakan keadaan, Trump kembali mengeluarkan kenyataan. Kali ini, beliau menyebut Qatar dan beberapa negara Timur perlu melakukan usaha lebih melawan keganasan.

Bukan hanya kerja keras. Trump menegaskan, pembasmian keganasan perlu dilakukan secepat mungkin dan tidak boleh ditunda-tunda lagi.

Dalam krisis diplomatik Qatar, Trump berlawanan pendapat dengan Menteri Luar Negeri US, Rex Tillerson.

Trump memilih jalan lebih kontroversi. Beliau mengkritik Qatar dengan tajam dan sependapat dengan Saudi, bahawa negara itu membiayai keganasan.

"Negara Qatar, sayangnya, mempunyai sejarah jadi penyumbang dana untuk keganasan pada tahap tinggi," kata Trump seperti dikutip dari VoA Indonesia, Sabtu (10/6/2017).

Komen Trump keluar tidak lama selepas Tillerson menyeru negara Teluk untuk mengurangkan sekatan yang dikenakan kepada Qatar.

Alasan Tillerson kenapa sekatan mesti diringankan kerana beliau melihat tindakan beberapa negara Teluk daripada sudut kemanusiaan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->