-->

Thursday, 8 June 2017

Senarai Penyokong Pengganas Dikeluarkan.. Qaradawi Termasuk?



Jeddah - Kerajaan Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir mengeluarkan satu kenyataan bersama, lapor jurnas.com. 

Dalam kenyataan tersebut, seramai 59 tokoh Muslim dan 12 syarikat dituduh bersekongkol dengan Qatar menyokong pengganas termasuk ulama terkenal Mesir, Yusuf al-Qaradawi, yang merupakan salah seorang pemimpin spiritual Ikhwanul Muslimin.

Qaradawi adalah ulama dari Mesir yang menjadikan Doha pengkalannya setelah hidup dalam buangan selama berpuluh-puluh tahun.


Kenyataan bersama ditulis kerana tindakan Qatar yang dituduh bertentangan dengan prinsip, termasuk menyokong dan memelihara pelaku dan organisasi yang mengancam keselamatan negara-negara lain.

Dilaporkan juga ia berikutan pemimpin arab tidak bersetuju terhadap Qatar yang didakwa memberi sokongan kepada Ikhwanul Muslimin, pergerakan politik yang memegang kuasa di Mesir untuk beberapa bulan setelah kejatuhan diktator Hosni Mubarak.

Sebahagian besar tokoh yang dituduh sebagai penyokong pengganas mempunyai hubungan dengan Qatar.

Dipetik dari Arab News, sebagai negara yang memerangi keganasan, Qatar turut menyalurkan dana, menyokong dan menyimpan banyak kumpulan pengganas.



Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->