Sedia maklum, dalam perkahwinan pasangan Islam, perkara wajib yang menjadi asas bagi mengikat ikatan tersebut adalah pasangan lelaki dan perempuan, wali, dua orang saksi lelaki serta ijab dan qabul.
Sekali lagi kami ingatkan, penjelasan dan video yang dipaparkan adalah kisah lama yang berbangkit kembali dua tiga hari ini.
Berikut penjelasan beliau:
Disini, saya ingin memberi sedikit penjelasan berkaitan dengan video telah diviralkan.
Pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, bersama saksi & kadi. Kadi tersebut adalah orang Islam yang tinggal di australia lebih 20 tahun.
Selesai upacara akad nikah, kedua pengantin diminta untuk duduk berhadapan dan menyarungkan cincin antara mereka sambil kadi membacakan ikrar perjanjian/lafaz ikrar yang mana di Malaysia kita guna perkataan "taklik" manakala di sana menggunakan perkataan "vow exchange" yang dilafazkan dalam Bahasa Inggeris.
Apa yang difahamkan, itu adalah prosedur perkahwinan di sana. Video yang menjadi viral tu separuh sahaja. Mungkin itu yang menyebabkan salah faham orang di luar sana.
Untuk pengetahuan admin & pengkritik, itu tidak ada kena mengena dengan syiah. Saya dan ahli keluarga masih berpegang pada ajaran yang betul dan golongan ahli sunnah wal jamaah. Saya tidak pasti apakah tujuan orang yang upload video tersebut sehingga menjadi fitnah. Wallahua'lam.
Kita di bulan Ramadhan wahai saudara seagamaku. Jangan cepat melatah, jangan cepat menghukum. Mampukah saudara semua utk memohon maaf pada ahli keluarga kami? Sesungguhnya dipihak saya, saya ampunkan dosa kalian sekiranya kalian memohon maaf dari kami. Ramadhan Kareem.
LK: Jadi buat pengkritik semua, sebelum menyebarkan suatu berita tolong semak kesahihan berita tersebut bimbang-bimbang berlaku fitnah. Tambahan lagi ini adalah video lama yang dimuat-naik kembali oleh netizens yang tidak tahu apa tujuan sebenar ia disebarkan.