Seorang juruterbang kenamaan Arab Saudi mendedahkan bahawa punca sebenar pesawat tidak boleh melintas di atas Kaabah dan Masjidil Haram bukan kerana wujudnya gelombang magnet, seperti yang dilaporkan media-media Barat, melainkan bagi melindungi keselamatan dan keselesaan para jemaah umrah dan haji, lapor Era Muslim.
"Berita dan maklumat yang selama ini beredar di media sosial salah dan mengelirukan," seperti yang dilaporkan oleh portal TV orient-news.net dari Hasan Al-Ghamidi yang juga seorang juruterbang dan pemerhati urusan penerbangan awam pada hari Jumaat (13/01).
Hasan Al-Ghamidi menjelaskan dalam rakaman video yang dimuat naik media sosial Facebook bahawa larangan terbang di atas Masjid Al-Haram bukan kerana adanya gelombang magnet yang terpancar dari Kaabah, ataupun adanya ruangan kosong di atas kiblat umat Islam.
Melainkan adalah kerana kedudukan kota Makkah yang berada di kawasan pergunungan, di mana jika pesawat melintas menyebabkan kesan bunyi yang ditimbulkan enjin pesawat boleh memantul dan menimbulkan kesan buruk bagi para jemaah umrah dan haji.
Sebab lain adalah kerana di dalam pesawat yang melintas ada kemungkinan adanya penumpang non-muslim. Dan dalam Al-Quran disebutkan bahawa non-muslim tidak boleh memasuki wilayah Makkah dan Madinah.