Sebab kebakaran itu tidak diketahui, manakala tiada kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini. Angin kencang menyebabkan api merebak semakin teruk dengan cepat membawa kepada kemusnahan kilang. Bagaimanapun, polis Israel berkata, keadaan ini tidak membawa sebarang kemudaratan kepada penduduk tempatan.
Kemusnahan ini telah semestinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi Israel yang menjadikan minyak sebagai sumber negara menjana pendapatan. Kilang yang berada di lokasi utara Israel adalah syarikat penapisan minyak terbesar di Israel yang dikawal oleh Israel Corp.