-->

Wednesday, 28 December 2016

Turki Dan Rusia Setuju Cadangan Gencatan Senjata Di Syria


Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Turki Tayyip Erdogan tiba untuk sidang akhbar bersama selepas mesyuarat mereka di Istanbul, Turki, October 10, 2016. REUTERS / Osman Orsal

Turki dan Rusia bersetuju draf genjacatan senjata Syria, menurut laporan media kerajaan Turki, Anadolu, pada Rabu.

"Ankara dan Moscow perlu mewujudkan gencatan senjata 24 jam. Kumpulan keganasan tidak masuk ke dalam bahagian perjanjian gencatan senjata," seperti yang dinyatakan laporan.

Jika gencatan senjata berjaya, rejim pemerintah dan parti pembangkang akan memulakan rundingan di bawah naungan Turki dan Rusia di Astana, Kazakhstan. Hingga kini, belum diketahui jelas sama ada kumpulan penentang Syria menyetujui gencatan senjata.

Draft perjanjian gencatan senjata muncul enam hari selepas pasukan rejim pemerintah Bashar al Assad berjaya mengambil alih bandar strategik Aleppo. Kejayaan merebut kota Aleppo menjadi titik utama bagi rejim yang telah berkuasa selama 16 tahun itu. Perang sivil sudah berlaku selama enam tahun dan menyebabkan korban nyawa lebih daripada 400,000 orang.

Sebanyak 10,000 orang awam dan penentang sudah dipindahkan dari bahagian Timur kota berdasarkan beberapa kesepakatan yang diketuai Turki dan Rusia. Pasukan 
penentang sudah menguasai bahagian Timur Aleppo dan kehilangan wilayah itu membuat tentera penentang dan pembangkang menjadi lemah.

Setelah rejim Assad menguasai Aleppo, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata bahawa gencatan senjata berskala nasional menjadi langkah seterusnya untuk meredakan perang.

Rusia sudah menjadi sekutu terdekat dan terkuat Presiden Syria, Bashar al Assad. Negara yang dikenali sebagai "Beruang Merah" itu sudah membantu rejim Assad menghadapi kelompok pembangkang penentang dengan serangan udara, sejak September 2015.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->