-->

Monday, 27 February 2017

5 Tempat Misteri Yang Disembunyikan Google Earth



Google Earth adalah sebuah program 'dunia maya' yang memetakan bumi. Melalui Google Earth, kita boleh melihat semua negara yang ada dalam dunia ini hanya dengan duduk tersenyum di depan skrin komputer.

Hanya dengan menaip nama tempat yang mahu dilihat
, Google Earth akan mencari dan memaparkan tempat yang pengguna mahu dan pengguna boleh melihat tempat itu dari atas ataupun dalam bentuk 3D. Tetapi terdapat beberapa tempat yang disembunyikan Google Earth atas alasan-alasan yang tertentu.

Jika mencari nama tempat-tempat tersebut, Google Earth akan menapis tempat tersebut. Dikatakan, tempat-tempat yang tidak ditunjukkan Google Earth ini sangat misteri dan menyembunyikan rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada orang awam.


1. Baker Lake, Kanada



Berada di bahagian Utara 
Kanada, tempat ini adalah tempat tinggalnya bangsa Inuit. Tiada siapa yang tahu mengapa kawasan ini disembunyikan oleh Google Earth, ada juga beberapa pihak mengatakan bahawa tempat ini dijangkakan sebagai kawasan pendaratan makhluk asing.

Perkara pelik dari daerah ini adalah bentuknya yang tidak ubah seperti monolith dalam siri novel dan filem Space Odyssey oleh Arthur C. Lake yang merupakan bekas anggota CIA dan peneroka alam. Lokasi bersalji juga dianggap tempat untuk pendaratan alien kerana dapat mengurangkan medan elektromagnet.

2. Volkel Air Base, Belanda


Di dalam kubu pengkalan udara Volkel ini tersembunyi 22 bom nuklear kepunyaan Amerika yang dikatakan empat kali lebih hebat daripada bom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Bom-bom tersebut pada mulanya dipercayai disimpan bagi persediaan menghadapi perang dingin. Kewujudan bom-bom tersebut disahkan oleh Perdana Menteri Belanda pada tahun 2013.

3. Kawasan Misteri di Rusia


Kawasan padang rumput yang dilihat tidak jelas ini berada di Egvekinot, Russia, berhampiran dengan Selat Bering, Alaska. Pada tahun 1986, Rusia menyatakan bahawa ada banyak bandar yang sengaja ditutup walaupun di dalamnya hidup berjuta-juta orang. Sehingga sekarang tempat itu masih menjadi misteri, adakah tempat tersebut termasuk dalam bandar yang disembunyikan Rusia?

4. Taman Babylon, Iraq


Google Earth hampir menutup seluruh permukaan taman yang sangat popular kerana taman gantung ini. Peninggalan peradaban kuno ini dulunya dibina oleh Saddam Husein yang menelan berjuta-juta dolar. Kini Saddam sudah tiada, namun mengapa tempat ini masih ditutupi oleh Google Earth? Adakah Taman Babylon masih menyembunyikan rahsia lain?

5. Pacific Northwest, Amerika


Kawasan yang terletak di sempadan Washington dan Oregon ini dipercayai menjadi tempat percubaan kawalan cuaca oleh badan Amerika yang melakukan penelitan tentang pengubahsuaian dan kawalan cuaca.

Badan atau organisasi ini merupakan sumber dari pelbagai teori konspirasi. Walaupun belum diketahui motifnya, ada yang mengatakan badan ini bertanggungjawab atas bencana banjir, kemarau dan gempa bumi di beberapa negara.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->