Inilah hukuman mati yang dikenakan buat kali pertama terhadap pegawai tentera Korea Utara setelah kematian Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un.
Menteri Keselamatan Negara Korea Utara, Kim Won Hong, juga turut mendapat hukuman apabila dikurung disebabkan kesalahan yang sama.
Hong telah dipecat pada pertengahan bulan Januari lalu, tetapi tidak dikenakan hukuman bunuh oleh Jong-un. Hong didakwa terlibat dalam beberapa jenis kes rasuah dan salah guna kuasa.
Sejak memegang kuasa pada tahun 2011, Jong-un didakwa telah mengenakan hukuman mati kepada sekurang-kurangnya 340 pegawai tentera dan kakitangan kerajaan walaupun hanya kecil kesalahan yang dilakukan..
Di bawah arahan Jong-un, salah satu cara hukuman mati yang dilaksanakan kepada pesalah adalah dengan menggunakan senjata anti pesawat yang akan mengakibatkan seluruh badan pesalah hancur sepenuhnya.
April lalu, Kim Jong-un telah melaksanakan hukuman mati kepada menteri pertahanan dengan senjata anti-pesawat di hadapan orang awam, manakala keluarga lelaki itu telah dipaksa untuk melihat hukuman itu dilaksanakan.