Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Andreano Erwin berkata kedutaan itu telah melantik sepasukan peguam untuk mewakili rakyatnya, Siti Aisyah, dalam kes itu.
Siti Aisyah, 25, dan seorang warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, bersama empat lagi yang masih bebas, didakwa atas pertuduhan membunuh Jong-nam, 45, di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Feb .
Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa pemegang pasport dengan nama Kim Chol adalah Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Andreano, yang hadir di Mahkamah Majistret Sepang semalam, berkata bahawa Siti Aisyah tidak bersendirian dalam menangani kes itu.
"Semua rakyat Indonesia akan sentiasa bersama dia, dan bagi menghormati undang-undang tempatan (Malaysia), lima peguam telah dilantik untuk mewakilinya," katanya kepada pemberita selepas prosiding itu.
Andreano berkata beliau juga telah menasihati Siti Aisyah supaya menjaga kesihatannya kerana beliau menjangkakan bahawa kes itu akan mengambil masa yang lama.
Ditanya sama ada Siti Aisyah telah meminta bantuan kedutaan untuk bertemu dengan ahli keluarganya, Andreano berkata beliau tidak membuat apa-apa permintaan kerana dia tidak mahu keluarganya untuk merasa sedih dengan keadaan dia sekarang.