(Foto: Krew Malaysia Airliness)
Menurut polis Australia, suspek yang merupakan "pesakit sukarela" telah dibebaskan pada hari Rabu.
"Dia baru dilepaskan dari pusat psikiatri semalam dan dari situ, kami percaya dia membeli tiket, pergi ke lapangan terbang dan menaiki pesawat," kata Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton.
Pesawat MH128 terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Australia ketika dalam penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur sejurus berlepas selepas seorang penumpang lelaki cuba memasuki kokpit, kata pihak berkuasa.
Pesawat itu mendarat dengan selamat dan lelaki itu ditahan oleh anggota keselamatan.
Polis berkata kejadian itu tidak ada kaitan dengan keganasan dan lelaki berusia 25 tahun itu telah pun ditangkap.
(Foto: Andrew Leoncellis)
Menurut seorang penumpang, kira-kira 30 minit dalam penerbangan seorang penumpang lelaki menyerang seorang krew kabin wanita yang menjerit meminta tolong.
Beberapa penumpang dan anak kapal menumbangkan lelaki itu dan mengikat tangan lelaki terbabit sehingga pesawat berjaya mendarat, kata saksi kepada Reuters.
Anggota keselamatan bersenjata memasuki pesawat untuk menangkap lelaki tersebut dan mengiringi penumpang lain keluar dari kapal terbang, katanya.
Selain ada sejarah sakit mental, penumpang lelaki yang merupakan penduduk Sri Lanka itu juga dipercayai sedang mabuk.