-->

Wednesday, 14 June 2017

Arab Saudi Jelas Punca Sebenar Penutupan Ruang Udara.. Benarkah?


Ketua Eksekutif Qatar Airways, Akbar Al Baker (Foto: Al-jazeera)

DUBAI - Badan penerbangan Arab Saudi pada Selasa berkata penutupan ruang udara untuk penerbangan dari Qatar adalah dalam hak kedaulatan negara itu untuk melindungi rakyatnya daripada sebarang ancaman.

Kenyataan Arab Saudi tersebut dikeluarkan sebagai respon kepada ucapan Ketua Eksekutif Qatar Airways yang menyatakan kerajaan Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan Bahrain melanggar undang-undang antarabangsa kerana menutup penerbangan dari Qatar.

Penutupan ruang udara adalah untuk melindungi negara dan rakyatnya daripada apa-apa yang ia lihat sebagai ancaman dan sebagai langkah berjaga-jaga, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Press Agency Saudi.

Kenyataan yang sama juga telah dikeluarkan oleh UAE dan pihak berkuasa penerbangan Bahrain selepas wawancara CNN dengan Ketua Eksekutif Qatar Airways, Akbar Al Baker, yang mengecam ketiga negara Arab itu atas penutupan ruang udara mereka.


Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar seminggu lalu dan menuduh Qatar menyokong keganasan serta terlalu dekat dengan Iran. Semua tuduhan tersebut dinafikan oleh Doha.

Al Baker mengatakan kepada Badan Penerbangan Awam Dunia di PBB, Pentadbir Konvensyen Chicago yang memberikan jaminan atas penerbangan awam dan menyatakan bahawa penutupan wilayah udara sebagai tindakan menyalahi undang-undang.

Badan Penerbangan Awam Emiriah Arab mengatakan bahawa mereka sepenuhnya komited pada konvensyen Chicago. Namun negara mempunyai hak berdaulat di bawah undang-undang antarabangsa untuk mengambil tindakan pencegahan apapun demi melindungi keselamatannya jika diperlukan.

Badan penerbangan dari tiga negara tersebut juga menyatakan bahawa penerbangan peribadi non-Qatar dan sewaan dari Qatar perlu mengemukakan permintaan untuk mereka sekurang-kurangnya 24 jam sebelum melintas ruang udara.

Permintaan itu hendaklah termasuk senarai nama dan kewarganegaraan krew dan penumpang, dan juga kargo yang dibawa oleh pesawat, kata mereka.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->