-->

Tuesday, 13 June 2017

Kini Giliran Maghribi Pula Ambil Tindakan Dalam Krisis Qatar


Raja Maroko, Raja Mohammed VI

Setelah Iran, Maghribi mengumumkan menghantar bekalan makanan ke Qatar, negara yang kini tengah dipulaukan Arab Saudi, menggunakan pesawat.

Seperti yang dilaporkan oleh Xinhua, Selasa 12 Jun 2017, Kementerian Luar Negeri Maghribi mengatakan penghantaran ini dilakukan atas perintah langsung Raja Mohammed VI.

"Keputusan ini diambil berdasarkan ajaran Islam, terutama di saat Ramadan yang mewajibkan perpaduan di antara sesama Muslim," demikian kenyataan rasmi Kementerian Luar Negeri Maghribi pada Isnin waktu tempatan.


Kementerian Luar Negeri Maghribi menambah bahawa penghantaran bekalan makanan ke Qatar tidak ada kaitan dengan krisis politik antara Qatar dengan negara-negara Teluk.

Maghribi menegaskan kedudukan mereka berkecuali menghadapi perseteruan kedua-dua pihak.

Sehari sebelumnya, Raja Maghribi menawarkan menjadi orang tengah bagi konflik Qatar dan negara-negara Teluk.

Pada 4 Jun, beberapa negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar kerana dianggap menyokong kumpulan militan.

Kerajaan Doha membantah tegas tuduhan tersebut.

Walaupun Qatar merupakan salah sebuah pengeluar dan pengeksport minyak terbesar di dunia, Qatar amat bergantung pada sumber makanan dan bahan mentah yang diimport.

Para pemerhati menganggarkan kira-kira 40 peratus daripada bekalan makanannya kebanyakannya diimport dari Arab Saudi, satu-satunya negara yang mempunyai sempadan darat dengan Qatar.

Penutupan sempadan itu oleh Arab Saudi mengancam bekalan makanan dan bahan mentah untuk penyelesaian projek pembangunan bernilai US $ 200 bilion yang diperlukan bagi Piala Dunia 2022.

Namun Qatar secara berlahan berupaya untuk mengatasi sekatan yang dihadapinya apabila Iran yang merupakan musuh Arab Saudi mengumumkan sudah menerbangkan lima pesawat membawa bahan makanan ke Qatar.

Turki juga berperanan penting dalam membekalkan keperluan makanan ke Qatar.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->