Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya menurut cerita seorang pengguna facebook yang memperkenalkan diri sebagai adik ipar mangsa, Amyrul Shazafry. Dia telah tampil menafikan tuduhan tidak berasas itu dan berkeras mengatakan bahawa mangsa telah difitnah sehingga dipukul oleh sekumpulan lelaki.
Berikut adalah kisah yang diceritakan oleh Amyrul Shazafry melalui akaun facebooknya.
Viralkan Viralkan Viralkan Viralkan !!
7/7/2016, jam lebih kurang 3 petang, Lokasi Paya Terubong, Pulau Pinang.
Lelaki ini ialah abang ipar aku sendiri, nama dia Sukri Ramli, dia bekerja sambilan sebagai pemandu Uber. Semalam pada 6/6/2017, dia dapat pelanggan warga Vietnam yang meminta mengambilnya berdekatan Paya Terubong, Pulau Pinang. Setelah selesai semua kerja seperti biasa, dia pun seperti biasa pergi ke tempat kerja dan sambung kerja
Selepas itu keesokkannya atau hari ini 7/7/2017, ketika melakukan kerja sebagai pemandu Uber, beliau menerima satu panggilan dari wanita Vietnam tersebut untuk mengambilnya di tempat yang sama iaitu Paya Terubong, memang biasa la kan pelanggan, memang kerja dia sebagai pemandu Uber pun, jadi Sukri ni pun pergi melakukan kerja macam biasa. Setelah tiba, perempuan Vietnam itu pun naik.
Tiba-tiba, kereta yg dipandu mangsa ditahan oleh sekumpulan lelaki bangsa Cina, seramai lebih kurang 20 orang dan terdapat 2 orang yang bersenjatakan Kayu Besbol. Sukri ni pun bingung apa kesalahan dia? Jadi dia turun untuk bertanya. Tidak sempat nak tanya terus dibelasah beramai-ramai dan 2 orang dari Cina tersebut memukulnya dengan kayu besbol serta orang awam sekali turut serta pukul, memang teruk dia kena, akhir sekali dia bertahan lah kan, dan tanya apa kesalahan dia ?
Cina tersebut memberitahu Sukri ni telah melakukan GANGGUAN SEKSUAL kepada perempuan Vietnam tersebut, jadi Sukri ni kata la bila masa yang aku buat ? Perempuan Vietnam tu kata ada bukti video, lepas dah teruk kena hentam, dan ditanya mana video dan bukti, akhir sekali, perempuan Vietnam tu kata tak ada video, habis yang Sukri ni kena pukul naya lah kan ?
Lepas tu nasib baik ada seorang Melayu yang baik hati, beliau adalah anggota polis datang membantunya. Sesiapa yang viral tanpa tahu cerita sebenar, mari jumpa saya dulu.
Kena pukul ramai-ramai dengan senjata satu hal, kereta lagi dipecahkan oleh sekumpulan Cina ni, siapa nak bayar ? Dan aku rasa sangat marah and kesal dekat perempuan Vietnam yang menfitnah dia smpai jadi kes macam nih, Aku tak maafkan dan semoga kes ni dapat keadilan Mahkamah Dunia dan Allah S.W.T. Saya abaikan semua mulut-mulut orang yang berkata buruk kepad beliau. Insyaallah kebenaran di pihak yang benar.
Saya mintak semua warga Facebook untuk Viralkan kes ni untuk bersihkan nama beliau yang telah tercalar, dan tiada bukti pun yang mengatakan dia melakukan gangguan seksual. Kalau kena dekat keluarga sendiri apa perasaan anda ? 😥
Kalau anda tak paham apa yang saya smpaikan, boleh lah pm saya. Tq
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, pihaknya kini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kes itu.
Jadi, apa-apa pun, kita cuma perlu tunggu siasatan polis selesai.