Ismail Haniyeh dan pemimpin Qatar, al-Thani (Photo: AFP, Reuters)
Riyadh - Arab Saudi mendesak Qatar untuk menghentikan sokongannya kepada Hamas, sebuah gerakan Islam di Palestin kerana dianggap sebagai kumpulan pengganas.
Qatar diminta menunaikan janjinya beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan sokongan kepada kumpulan ekstremis.
Jubeir menambah bahawa Qatar telah merendahkan Pihak Berkuasa Palestin dan Mesir kerana menyokong Hamas dan Ikhwanul Muslim.
Jubier mengatakan tindakan yang diambil oleh negara-negara Arab berupa sekatan laut, darat, dan udara akan memberikan impak yang cukup besar kepada Qatar.
Dalam satu kenyataan, Hamas menjawab dengan mengatakan bahawa mereka merupakan gerakan yang sah yang melawan penaklukan zionis, dan mewakili negara-negara Arab dan islam.
Hamas menyuarakan rasa terkejut dengan seruan Arab Saudi kepada Qatar untuk tidak menyokong kumpulan tersebut.
"Kenyataan Jubeir merupakan kejutan bagi orang-orang Palestin dan negara-negara Arab dan Islam," demikian kenyataan balas Hamas, seperti yang dilaporkan oleh Aljazeera.
"Bukan menjadi rahsia lagi bagaimana Zionis mengambil kesempatan atas kenyataan itu dengan melakukan lagi banyak pelanggaran dan jenayah kepada rakyat Palestin, tanah dan maruah kami dan hak kepada Jerusalem serta Masjidil Aqsa."
Hamas mendakwa kenyataan Al-Jubeir melanggar undang-undang antarabangsa dan Arab serta kedudukan Islam yang mementingkan hak penduduk Palestin untuk melawan dan memperjuangkan kebebasan tanah air mereka serta Tanah Suci.

Jubeir dalam satu kenyataan juga memberikan syarat supaya Qatar menghentikan sokongan kepada kumpulan tersebut jika mahu memulihkan hubungan dengan negara-negara Teluk dan Liga Arab.
Negara-negara Teluk yang diterajui Arab Saudi telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar sejak Isnin, 5 Jun 2017, kerana menuduh negara itu menyokong keganasan dan kumpulan pelampau dan pengganas Hamas, Al-Ikhwan al-Muslimun, Houthi, dan ISIS.