-->

Thursday, 15 June 2017

'Hamas, Hizbullah Bukan Pengganas,' Kata Duta Rusia Kepada Israel


Reuven Rivlin (kanan) menghadiri majlis Duta Rusia ke Israel, Alexander Shein, di Kediaman Presiden di Baitulmuqaddis pada 9 November 2015. (Issac Harari / Flash90)

Duta Rusia ke Israel, Alexander Shein, enggan menggelar organisasi Hamas dan Hizbullah sebagai pengganas tetapi sebaliknya "organisasi radikal yang kadang-kadang cenderung kepada pandangan politik ekstremis, " katanya dalam wawancara TV Israel minggu lalu (9 Jun).

Dalam temu bual dengan Channel 9, saluran TV Israel bahasa Rusia, duta Rusia menyatakan bahawa "kami tidak menganggap organisasi-organisasi ini sebagai pengganas."

Dalam wawancara yang sama, disunting dan diterjemahkan oleh Institut Penyelidikan Media Timur Tengah (MEMRI), Shein juga membantah dakwaan bahawa ISIS boleh disamakan dengan Hamas dan Hizbullah.

"Mahkamah Agung (Rusia), berikutan rayuan oleh pihak pendakwa, mendefinisikan organisasi pengganas adalah apabila mereka dengan sengaja melakukan tindakan keganasan di wilayah Rusia, atau terhadap kepentingan Rusia di luar negara," jelas wakil Rusia itu.

Walaupun mendapat tekanan dari Amerika Syarikat, pegawai Rusia telah berulang kali menyatakan bahawa Hamas dan Hizbullah, tidak akan digelarkan sebagai organisasi pengganas.


Hamas dan Hizbullah, atau beberapa kumpulan dalam mereka, ditakrifkan sebagai organisasi pengganas oleh Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan Australia, antara lain.

Shein menolak perbandingan kumpulan-kumpulan itu dengan kumpulan IS dan mengatakan pelancaran roket Hamas ke atas bandar-bandar Israel semasa perang Gaza 2014, bukanlah keganasan "sama sekali," walaupun ia turut mempengaruhi Rusia.

"Anda menyamakan ISIS (dengan Hamas dan Hizbullah), tetapi kami fikir ini salah," katanya. Beliau berkata beliau mengutuk pelancaran roket. Kemudian apabila ditanya, "Itu saja yang boleh anda kata? Ada pengganas yang jahat dan pengganas yang baik? "

"Tidak," jawab Shein, " kami tidak menganggap mereka sebagai pengganas sama sekali."

Sumber: The Jerusalem Post, Times Of Israel

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->