Menteri Arab Saudi, Adel al-Jubeir (Foto: Carlos Barria/Reuters)
Jabatan Negara AS berkata usaha untuk menyelesaikan krisis diplomatik antara negara Teluk yang diketuai oleh Arab Saudi dan Qatar berubah ke arah yang positif.
Jurucakap Heather Nauert berkata demikian pada sidang akhbar pada hari Selasa selepas mesyuarat antara Menteri Luar Arab, Adel al-Jubeir dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson di Washington.
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain dan beberapa negara lain memutuskan hubungan dengan Qatar minggu lalu, menuduh Qatar menyokong pengganas dan Iran. Qatar menolak tuduhan.
Riyadh juga menutup sempadannya dengan Qatar. Manakala, penutupan ruang udara Bahrain dan UAE kepada pesawat kepunyaan Qatar milik negara telah menyebabkan gangguan kegiatan import dan perjalanan.
Sebelum mesyuarat itu, Jubeir memberitahu pemberita bahawa langkah-langkah yang diambil terhadap Qatar bukanlah sekatan, namun sebagai satu boikot.
Beliau juga berkata bahawa kerajaan telah menjalankan "hak kedaulatan negara" itu dengan menyekat Qatar daripada menggunakan ruang udara Saudi, wilayah perairan dan sempadan mereka.
"Tidak ada sekatan terhadap Qatar. Qatar bebas untuk pergi. Pelabuhan-pelabuhan dibuka, lapangan terbang dibuka," kata Jubeir di samping Tillerson yang minggu lalu menyeru negara Arab mengurangkan sekatan terhadap Qatar.
"Had penggunaan ruang udara Arab hanya tertakluk kepada Qatar Airways atau pesawat milik Qatar, bukan orang lain," kata Jubeir.
"Pelabuhan Qatar dibuka. Tidak ada sekatan ke atas mereka. Qatar boleh menggerakkan kargo keluar masuk bila-bila masa yang mereka mahu. Mereka hanya tidak boleh menggunakan perairan kita.
Jubeir mengatakan, kerajaan bersedia menghulurkan bantuan makanan dan perubatan Ke Qatar jika diperlukan melalui Raja Salman Center, sebuah badan kemanusiaan.
Sumber: Aljazeera.com, Sky News Arabia