(foto: huffingtonpost.com)
Oleh kerana waktu sahur sebelum subuh, maka kebanyakan umat islam lebih memilih tidur kembali selepas menjamah makanan sahur. Namun ternyata tidur kembali selepas menjamah makanan sahur berlawanan dengan amalan kebiasaan Rasullulah dan para sahabatnya.
Tidur semula selepas sahur maka sudah hilang kenikmatan untuk beribadah di awal pagi hari, selain itu tidur selepas menjamah makanan sahur memberi kesan buruk bagi kesihatan tubuh kita. Inilah 4 masalah kesihatan yang akan diterima andai anda kembali tidur selepas sahur.
1. Gangguan Asid Gastrik
Ketika kita memasukan makanan ke dalam perut, maka makanan akan masuk ke dalam sistem pecernaan dan beberapa bahagian badan dan memerlukan masa untuk mencerna makanan tersebut terutama perut. Apabila kita meletakkan posisi tubuh kita dalam keadaan terlentang selepas makan, maka proses pencernaan menjadi tidak lancar. Hasilnya kita akan merasakan rasa perih pada bahagian tekak akibat dari peningkatan asid gastrik.
2. Berlaku Refluks
Ketika kita tidur selepas sahur dan pada saat bangun kembali anda merasa timbulnya rasa pahit pada bahagian mulut disertai dengan kerongkong yang panas, ada kemungkinan tubuh anda mengalami refluks. Refluks adalah penyakit yang yang dihadapi akibat kelemahan injap antara perut dan kerongkong yang menyebabkan rasa seperti dada terbakar.
3. Lebih Mudah Terkena Stroke
Sesiapa yang tidur selepas sahur ada kemungkinan besar boleh terkena stroke lebih banyak berbanding dengan mereka yang berehat selepas makan sahur sebelum kembali tidur, hal tersebut memang telah dibuktikan oleh para ahli perubatan.
4. Sakit Kepala
Tidur selepas sahur juga akan menyebabkan leher menjadi sakit malah akan terasa kaku. Ketika bangun, kita tidak akan dapat merasai kesegaran melainkan hanya sakit yang akan kita terima terutama pada bahagian belakang kepala.
Sumber: newhealthadvisor.com, halosehat.com