(Foto: humanresourcesonline.net)
Negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi sudah pasti mempunyai tenaga kerja yang cekap dan produktif, bahkan kadar penganggurannya juga sangat sedikit. Dalam hal gaji juga rata-rata pasti berada pada paras tinggi.
Untuk yang ingin mencari kerja di luar negeri dengan gaji yang hebat, negara-negara berikut ini siapa tahu jadi pilihan yang sesuai. Sebab negara-negara ini mempunyai pendapatan per kapita yang sangat tinggi. Jadi automatik gaji yang diberikan pun juga sangat besar.
1. Norway
2. Qatar
Negara amiriah ini terkenal dengan kekayaan gas dan minyak buminya. Jadi wajar saja jika ekonomi di negara ini sangat kukuh. Apabila pendapatan negara sangat tinggi, automatik pendapatan per kapitanya pun juga sangat tinggi, hingga mencapai US $ 92,200 atau kira-kira RM394,712.
3. Macau
Macau adalah sebuah wilayah di pesisir selatan Republik Rakyat China. Wilayah yang terkenal dengan kasinonya ini ternyata mempunyai pendapatan per kapita yang sangat tinggi, iaitu mencecah US $ 76,270 atau kira-kira RM326,515.
4. Luxembourg
Walaupun kecil, Luxembourg adalah salah sebuah negara paling maju di Eropah. Jumlah pendapatan per kapita di Luxembourg mencecah US $ 75,990 atau kira-kira RM325,579.
5. Australia
Australia adalah negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia, iaitu US $ 64,500 atau kira-kira RM276,127. Dalam 25 tahun terakhir, Australia berjaya meningkatkan inflasi dan mengukuhkan sektor perdagangan. Pada tahun 2016, jumlah tenaga kerja di Australia semakin bertambah, yang bermakna jumlah pengangguran di sana semakin berkurang.